- Bagaimana saya ingin memperbaharui permit pekerja asing PL(KS) melalui MyEG?
- Akaun 1MID perlu dibuka sebelum anda boleh melakukan pembaharuan permit pekerja asing PL(KS) melalui MyEG. Untuk maklumat lanjut mengenai 1MID, sila klik di sini .
- Untuk pemegang akaun 1MID sedia ada, sila klik di sini untuk login ke bahagian Pembaharuan Permit Pekerja Asing PL(KS).
- Untuk pendaftaran akaun 1MID baru, sila klik di sini untuk mendaftar akaun 1MID anda.
- Bagaimana saya boleh mendaftar untuk akaun 1MID?
- Lengkapkan butiran yang diperlukan di bahagian temujanji 1MID�(1MID Appointment page)
- Anda boleh menetapkan tarikh dan masa untuk temujanji dengan pegawai kami untuk pengesahan cap jari biometrik dan pengambilan dokumen sokongan.
- Pegawai logistik MyEG kami akan menghubungi anda untuk mengesahkan semula temujanji tersebut.
- Wakil yang dilantik hendaklah berada di pejabat pada masa yang telah diatur dan mestilah mempunyai MyKad untuk pengesahan. Syarikat anda boleh menetapkan sehingga 3 orang wakil untuk menjadi perantara bagi pihak syarikat.
- MyEG akan meneliti semula pendaftaran dan dokumen-dokumen sokongan anda.
- Semua pendaftaran yang berjaya akan menerima notifikasi melalui e-mel untuk pengaktifan akaun.
- Apakah dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan untuk pendaftaran 1MID?
Salinan asal yang disahkan (CTC) diperlukan bagi semua dokumen berikut:
Sdn Bhd atau Bhd |
Enterprise |
Pertubuhan Koperasi |
Persatuan / Pertubuhan |
Individu |
1. Borang 9 - Sijil pemerbadanan syarikat - dengan salinan setiap helaian disahkan oleh setiausaha syarikat atau SSM (wajib)
|
1. Borang D - Perakuan pendaftaran - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh SSM (wajib) |
1. Perakuan Pendaftaran - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh Pendaftar Koperasi atau SSM (wajib |
1. Perakuan Pendaftaran - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh Pendaftar Pertubuhan atau SSM (wajib) |
1. Salinan MyKad (wajib) |
2. Borang 49 - Butir-butir berkaitan dengan Pengarah, Pengurus dan Setiausaha - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh setiausaha syarikat atau SSM (wajib)
|
2. Borang A - Maklumat perniagaan dan pemilik - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh SSM (wajib) |
2. Senarai Lembaga Koperasi Pengarah - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh Pendaftar Koperasi atau SSM (wajib) |
2. Senarai Lembaga Pengarah Koperasi Pengarah (s) - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh Pendaftar Pertubuhan atau SSM (wajib) |
2. Surat lantikan (Hanya jika berkenaan) (Contoh) |
3. Salinan MyKad pengarah syarikat dan wakil(wajib)
|
3. Borang B - Perubahan butir-butir perniagaan dan pemilik (Hanya jika berkenaan) - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh SSM (wajib) |
3. Salinan MyKad Lembaga Pengarah (wajib) |
3. Salinan MyKad Ahli Lembaga (wajib) |
|
4. Surat lantikan (Hanya jika berkenaan)(Contoh)
|
4. Salinan MyKad pengarah syarikat dan wakil (wajib) |
4. Surat Perlantikan (dengan Nama dan butiran IC) - Hanya jika berkenaan(Contoh) |
4. Surat lantikan (Hanya jika berkenaan)(Contoh) |
|
5. Borang 13 - Sijil pemerbadanan mengenai pertukaran nama syarikat - dengan salinan setiap helaian disahkan benar (CTC) oleh setiausaha syarikat atau SSM (wajib) (Hanya jika berkenaan)
|
5. Surat lantikan (Contoh) |
|
|
|
- Apakah kriteria yang diperlukan untuk dilantik sebagai wakil syarikat?
Wakil syarikat mestilah warganegara Malaysia, pemegang MyKad yang sah dan mempunyai alamat e-mel yang sah. Wakil syarikat perlu menyerahkan Surat Lantikan (rujuk contoh) yang ditandatangani oleh pengarah syarikat. Wakil yang dilantik perlu hadir di pejabat pada masa yang telah diatur dan menyediakan MyKad mereka untuk pengesahan cap jari biometrik.
- Selepas saya berjaya mengaktifkan akaun 1MID saya, bagaimana saya memperbaharui permit pekerja asing PL(KS) saya di laman web MyEG?
- Log in ke akaun 1MID anda.
- Masukkan butiran pekerja asing anda pada ruangan disediakan, dan klik hantar..
- Sistem ini akan memaparkan ringkasan pekerja asing dan jumlah yang perlu dibayar untuk pembaharuan
- Sila ikuti arahan untuk membuat bayaran.
- Setelah pembayaran berjaya, kami akan memproses pembaharuan anda.
- Permit anda akan dihantar ke tempat anda.
- Bagaimana saya ingin membuat pembayaran?
Kami menerima pembayaran secara eBanking, Kad Kredit atau pembayaran melalui akaun prabayar dengan MyEG.
- Apakah caj bagi pembaharuan permit pekerja asing PL (KS)?
- Semua caj pembaharuan adalah sama seperti yang telah ditetapkan oleh Imigresen Malaysia.
- Insurance guarantee(IG)
- SPIKPA dan SPPA (sekiranya pembelian melalui MyEG)
- Bayaran perkhidmatan.
- Bagaimana saya ingin mengetahui pembayaran saya berjaya?
Resit akan dikeluarkan.
- Bilakah saya akan menerima permit pembaharuan pekerja asing PL(KS) saya?
Anda akan menerima permit anda dalam masa 2 hari bekerja untuk kesemua pembaharuan yang berjaya.
- Siapakah yang akan menghantar pelekat PL(KS) saya?
Semua penghantaran akan dilakukan oleh Pegawai Logistik dan Pegawai Khidmat Pelanggan kami sendiri . Sila pastikan pasport pekerja asing ada semasa penghantaran supaya pihak kami dapat menampal permit pembaharuan di atas pasport yang berkenaan. Anda juga dikehendaki untuk mengemukakan MyKad anda untuk mengesahkan penerimaan permit.
- Transaksi pembaharuan permit pekerja asing PL(KS) saya tidak berjaya. Mengapakah ia berlaku?
Terdapat banyak sebab untuk pembaharuan permit tidak berjaya dilakukan dan masalah yang biasa berlaku adalah:
- Tarikh tamat tempoh permit kurang dari 7 hari.
- Tarikh tamat tempoh pasport kurang dari 1 tahun.
- Pasport telah tamat tempoh.
- Pemeriksaan kesihatan FOMEMA gagal.
- Insurans yang tidak sah.
- Pekerja Asing atau Majikan telah disenaraihitam.
- Bilakah saya boleh memperbaharui permit pekerja asing PL(KS) saya?
Anda boleh memulakan proses pembaharuan permit pekerja asing PL(KS) anda seawal 3 bulan sebelum tarikh tamat tempoh permit. Adalah dinasihatkan supaya anda memperbaharui permit mereka seawal mungkin untuk mengelakkan sebarang keadaan di luar jangkaan.
- Bolehkah saya memperbaharui permit pekerja asing PL(KS) dengan MyEG sekiranya permit mereka telah tamat tempoh?
Anda tidak boleh memperbaharui permit yang telah tamat tempoh secara online. Anda hendaklah pergi ke kaunter Imigresen untuk melakukan Pas Khas (Special Pass). Sebaik sahaja anda mendapat Pas Khas, anda boleh meneruskan pembaharuan melalui MyEG.
- Bolehkah saya memilih syarikat insurans pilihan saya untuk pembaharuan permit pekerja asing PL(KS) saya?
Jaminan Insurans (IG)
Untuk IG, ia hendaklah dibeli melalui MyEG.
Skim Pampasan Pekerja Asing (SPPA) & Skim Perlindungan Insuran Kesihatan Pekerja Asing (FWHS)
- Anda boleh membeli SPPA dan SPIKPA dengan MyEG untuk pembaharuan yang lebih cepat dan mudah.
- Jika tidak, anda perlu memuat naik nota perlidungan (cover note) SPPA dan SPIKPA yang telah diimbas untuk kami melakukan pengesahan bersama pihak insurans yang berkenaan . Anda juga perlu memastikan bahawa insurans perlu dibeli dua ( 2 ) bulan sebelum tarikh tamat permit.
- Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik jika saya membuat keputusan untuk tidak memperbaharui permit pekerja asing PL(KS) saya selepas selesai membuat pembayaran?
Kami tidak akan melayan sebarang bayaran balik melainkan pekerja asing tersebut gagal pemeriksaan kesihatan.
- Adakah saya perlu menghantar pekerja saya untuk pemeriksaan FOMEMA sebelum pembaharuan permit?
Sila pastikan pekerja asing anda telah lulus pemeriksaan FOMEMA dan keputusan boleh didapati di laman web www.fomema.com.my ATAU pekerja asing anda tidak lagi dikehendaki menjalani pemeriksaan FOMEMA sebelum anda melakukan pembaharuan permit pekerja asing PL(KS).
- Saya menghadapi masalah untuk daftar masuk ke akaun 1MID saya. Apakah yang boleh saya lakukan?
Sila klik di
sini untuk menyelesaikan masalah anda.
- Apakah fungsi butang 'Foreign Worker Batch Upload'?
Untuk muat naik butiran pekerja asing dengan lebih efisien, sila muat turun fail excel pada halaman pertama seksyen Pembaharuan Pekerja Asing PL(KS). Masukkan butiran pekerja asing anda menggunakan format excel ini dan muat naik fail tersebut, dan ia akan diproses dengan serta-merta.
- Apakah itu pengesahan GRID? (Hanya digunakan sekali semasa menggunakan 1MID buat pertama kali)
- Semua pendaftaran 1MID yang baru akan memerlukan pengguna mendaftar dengan GRID untuk sekali sahaja.
- GRID adalah ciri keselamatan tambahan yang digunakan oleh MyEG untuk semua pelanggan online kami. Ini adalah untuk memastikan semua transaksi yang dibuat secara online melalui MyEG hanya boleh dibuat melalui komputer yang telah disahkan.
- Sila klik sini untuk garis panduan menggunakan GRID authentication.
- Apa itu 1MID?
1MID adalah singkatan bagi 1 Malaysia Identification.Ia adalah satu inisiatif ke arah menjalankan transaksi dalam talian dengan jaminan pengesahan identiti dan keselamatan pengguna data yang memerlukan pengguna untuk membuat MyKad dan pengesahan cap jari semasa pendaftaran.
1MID juga adalah proses pendaftaran untuk mendapatkan kata nama dan kata laluan yang boleh digunakan dalam mana-mana urus niaga perkhidmatan kerajaan termasuk Sistem Tukar Milik Secara Sukarela (STMSR).
- Bagaimana saya boleh mendaftar 1MID?
Pengguna perlu menghadirkan diri di lokasi seperti berikut semasa proses pendaftaran:
- Pejabat Utama MyEG Berhad, Bandar Utama.
- Melalui temu janji– Pegawai Khidmat Pelanggan kami akan berjumpa dengan anda.
- Kiosk MyEG 1MID –bertempat di cawangan Easy RHB seluruh negara.
Lain-lain lokasi akan ditentukan untuk penempatan seterusnya Kiosks 1MID.
- Bagaimana saya ingin membuat temu janji bagi pendaftaran 1MID?
- Adakah terdapat sebarang caj untuk temu janji memohon pendaftaran 1MID?
Temu janji untuk pendaftaran servis 1MID adalah percuma.
- Siapa yang layak untuk mendaftar sebagai pengguna 1MID?
Pendaftaran pengguna 1MID adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai samada MyKad / MyPolis atau MyTentera dan juga 1MID untuk syarikat.
- Adakah terdapat dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran 1MID?
Terdapat 2 jenis pendaftaran 1MID,iaitu:
- Individu
- Pemohon mempunyai MyKad dan harus melakukan pengesahan cap jari semasa proses pendaftaran.
- Pemohon perlu menghadirkan diri ke kiosk 1MID daripada MyEG.
- Syarikat
Dokumen yang diperlukan:
- Borang Pendaftaran Syarikat(SSM – Borang D, 9, 13, 24, 44, 49 & MNA)
- Lembaga Resolusi
- Surat Pertauliahan Syarikat(untuk melantik wakil)
- Salinan MyKad - wakil syarikat dan pemilik syarikat/ahli lembaga pengarah
- Wakil syarikat perlu meghadirkan diri di Ibu Pejabat MyEG atau melalui temu janji
- Wakil syarikat perlu melakukan pengesahan cap jari dan MyKad
**Semua dokumen perlu disahkan dan diserahkan kepada MyEG untuk tujuan rujukan.
- Adakah terdapat mana-mana pegawai yang terlibat semasa proses pendaftaran?
Sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan semasa proses pendaftaran 1MID,pegawai kami akan membantu anda melengkapkan pendaftaran.
Anda hanya perlu melakukan temu janji melalui laman sesawang MyEG.
- Bolehkah proses pendaftaran disudahkan sekiranya MyKad gagal dibaca(Kerosakan cip)?
Pendaftaran tidak dapat disudahkan kerana pengesahan MyKad dan cap jari adalah perlu semasa proses pendaftaran.
- Boleh saya teruskan dengan proses pendaftaran sekiranya saya tidak memiliki alamat emel?
Alamat emel diperlukan untuk pendaftaran 1MID.Apabila proses pendaftaran selesai,satu notifikasi untuk pengaktifan akaun akan dihantar kepada
email pengguna dan pengguna perlu mengaktifkan akaun 1MID.
- Sekiranya saya terlupa kata nama dan kata laluan?
Sekiranya anda terlupa kata nama dan kata laluan,anda boleh merujuk kepada MyEG dengan menghantar emel kepada
help@myeg.com.my.
Pihak kami akan memberitahu langkah-langkah untuk mendapatkan kembali maklumat tersebut melalui emel yang telah anda daftarkan semasa proses pendaftaran.
- Adakah saya boleh mengakses semua perkhidmatan online kerajaan dengan menggunakan 1MID?
Pengguna boleh mengakses semua perkhidmatan berkaitan kerajaan menggunakan 1MID seperti yang telah disediakan oleh MyEG Services.
- Apakah Sistem Tukar Milik Sukarela (STMSR)?
STMSR adalah satu platform maya dimana pemilik kenderaan boleh membuat pertukaran hak milik tanpa perlu melawati pejabat JPJ.Proses ini membolehkan pemilik berdaftar untuk mengubah hak milik kepada pembeli(pemilik baru) melalui pertukaran online yang memerlukan kedua-dua parti mengunakan akses 1Malaysia ID(1MID).
- Apakah kelebihan menggunakan STMSR sebagai perbandingan kepada pertukaran hak milik yang konvensional?
Servis ini menawarkan pemilik kenderaan suatu alternative kepada pertukaran hak milik kenderaan.Pemilik kenderaan tidak perlu ke pejabat JPJ, malah mereka boleh menguruskan proses berdasar keselesaan mereka selagi mereka mempunyai akses kepada internet.
- Bagaimana STMSR dilaksanakan?
Pemilik kenderaan boleh melaksanakan pertukaran hak milik secara sukarela dimana atau pada bila-bila masa sahaja,hanya memerlukan internet dan kedua-dua pemilik dan pembeli telah berdaftar dengan aplikasi 1MID.
- Apakah terma-terma untuk pemilik kenderaan menggunakan STMSR?
- Pemilik(Penjual) dan pembeli harus mendaftar dengan akses 1MID
- Pada masa ini,servis adalah terhad kepada Kereta Persendirian sahaja
- Pemilik kenderaan dan kenderaan itu sendiri mestilah tidak memilik sebarang saman atau di senarai hitam
- Sewa beli bank sudah selesai
- Rekod Puspakom sudah dikemaskini
- Adakah terdapat pegawai yang terlibat semasa transaksi??
Pertukaran boleh dibuat di antara penjual dan pembeli secara terus.Bagaimanapun,sekiranya pembeli mahu mengemaskini Kad Pendaftaran,pegawai kami boleh membantu untuk mengemaskini rekod di kaunter JPJ tanpa sebarang kos tambahan.
- Siapakah yang layak menggunakan STMSR?
Hanya Rakyat Malaysia yang memiliki MyKad / MyPolis / MyTentera sahaja yang layak menggunakan perkhidmatan ini.
- Apakah jenis kategori kenderaan yang dibenarkan menggunakan STMSR?
Kenderaan yang dibenarkan untuk STMSR adalah jenis (Motokar Persendirian Individu sahaja ).Ini bermakna kenderaan dari kategori seperti Van, Jeep, Bas and Caravan tidak dibenarkan untuk penukaran hak milik secara atas talian.
**Sila rujuk kad pendaftaran anda,di bawah "Jenis Badan"sebagai garis panduan.
- Sekiranya saya terlupa jawapan bagi MySIKAP Soalan Keselamatan?
STMSR tidak dapat dilaksanakan secara atas talian dan harus merujuk kepada Pejabat JPJ.
- Adakah kenderaan yang terlibat dengan pertukaran hak milik ini perlu dihantar ke Puspakom?
Pemilik harus menghantar kenderaan tersebut ke Puspakom untuk pemeriksaan pemilikan kenderaan terlebih dahulu sebelum pertukaran hak milik dapat dilaksanakan.
- Adakah Penjual dan pembeli perlu bersama semasa melakukan pertukaran hak milik?
Kedua-dua pembeli dan penjual tidak perlu berada di tempat yang sama semasa perlaksanaan pertukaran secara atas talian.Bagaimanapun,terpulang kepada pengguna untuk melaksanakannya secara berasingan atau dalam masa yang sama.
- Adakah penyerahan hak milik kenderaan antara pihak bank dan pemilik selepas perjanjian sewa beli selesai merujuk kepada Pertukaran Hak Milik ?
Istilah penukaran hak milik untuk perkhidmatan ini merujuk kepada situasi apabila anda berniat untuk menjual kenderaan SELEPAS mendapat pemilik baru.
- Bagaimana dengan penukaran pemilikan untuk Kenderaan Syarikat kepada orang perseorangan?
Terdapat 2 peringkat untuk STMSR. Buat masa ini, penukaran hak milik hanya dibenarkan untuk individu perseorangan kepada individu perseorangan sahaja.Pertukaran hak milik syarikat akan dilancar dalam masa terdekat.
- Pemilik kenderaan telah meninggal dunia,Bagaimana sekiranya saya berniat untuk menukar hak milik ke atas nama saya?
Applikasi ini tidak boleh dilaksanakan secara atas talian kerana sistem memerlukan MyKad dan pengesahan cap jari yang telah didaftarkan dan seharusnya perkara ini dirujuk kepada Pejabat JPJ yang terdekat.
Penukaran hak milik untuk pemilik yang telah meninggal dunia tidak dapat dirangkumkan dalam penukaran hak milik kekal dan proses ini memerlukan dokumen tambahan daripada JPJ.
- Sekiranya penjual melengkapkan bahagian penukarannya (Seksyen penjual) tetapi penukaran tidak diselesaikan dalam tempoh 7-hari seperti yang dijanjikan seperti pembeli meninggal dunia,adakah penukaran hak milik dianggap berjaya?
Penukaran yangtidak dapat diselesaikan dalam 7-hari akan dianggap tidak berjaya.Oleh itu,pembeli harus menunggu sehingga 7-hari untuk melaksanakan proses STMSR dengan pembeli yang lain.
- Bagaimana pula sekiranya pembeli sudah mengemaskini maklumat penukaran hak milik,tetapi meninggal dunia sebelum penukaran diselesaikan oleh penjual?
Maklumat pembeli telah dikemaskini di JPJ.Penjual perlu melengkapkan penukaran dalam tempoh 7-hari dari tarikh kemaskini pembeli .
- Bolehkah penukaran hak milik dilaksanakan sekiranya saya masih dalam ansuran bulanan untuk proses sewa beli ?
Pertukaran hak milik hanya boleh dilaksanakan apabila pemilik kenderaan telah menyelesaikan perjanjian sewa beli dengan bank.
- Bagaimanakah penukaran hak milik dilaksanakan sekiranya pembeli dan penjual berada di dua lokasi yang berlainan?
Penukaran hak milik bermula dengan penjual mesti memasukkan butiran kenderaan seperti:
- Nombor Pendaftaran Kenderaan
- Nombor Casis
- Nombor Enjin
Seterusnya,pembeli harus melengkapkan butiran Pembeli dengan memasukkan Nombor Pengenalan dan Nombor telefon.Butir-butir lain pembeli akan didapatkan secara automatik melalui sistem 1MID.
Setelah penukaran lengkap di bahagian penjual,satu notifikasi emel akan dihantar kepada pembeli untuk meneruskan proses penukaran.
** NOTA: Sekiranya penjual atau pembeli tidak mendaftar sebagai pengguna 1MID,penukaran hak milik tidak dapat dilaksanakan. Sila mendaftar dengan 1MID terlebih dahulu sebelum meneruskan proses penukaran. [Sila klik di sini untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran 1MID]
- Apakah yang akan terjadi sekiranya pembeli tidak meneruskan proses penukaran setelah menerima notifikasi emel?
Aplikasi akan dihentikan serta-merta sekiranya tiada transaksi daripada pembeli dalam tempoh TUJUH(7)hari dari notifikasi email dihantar kepada pembeli.
- Siapa yang membuat pembayaran?
Sekiranya pembeli menerima notifikasi emel,pembeli akan meneruskan transaksi dan membuat pembayaran.
- Sekiranya saya terlupa jawapan-jawapan bagi Soalan Keselamatan (Security Questions)?
Penukaran Hak milik secara atas talian tidak dapat dilakukan dan anda perlu meneruskan proses penukaran dengan cara konventional di Pejabat JPJ yang berdekatan.
- Berapa banyak pembayaran untuk Penukaran Hak Milik?
Caj Pertukaran Tetap Hak Milik Kenderaan :
Jenis Kenderaan
|
Penukaran Sahaja
|
Penukaran dan Kemaskini e-HakMilik
|
Kereta |
RM 135.00 |
RM 187.75 |
Motorsikal |
RM 8.00 |
RM 30.75 |
- Bagaimana pembayaran Penukaran Hak Milik Secara Sukarela dilakukan?
- Kredit Kad (Mastercard / Visa)
- Perbankan di atas talian
- Adakah kenderaan yang terlibat dengan pertukaran hak milik ini perlu dihantar ke Puspakom?
Pemilik (Penjual)harus menghantar kenderaan tersebut ke Puspakom untuk pemeriksaan pemilikan kenderaan terlebih dahulu sebelum pertukaran hak milik dapat dilaksanakan.
- Apa yang akan berlaku sekiranya Penukaran Hak milik di atas talian berjaya?
- Cukai jalan terkini kenderaan tersebut akan dibatalkan secara automatik di dalam rekod JPJ(Stiker cukai jalan juga sudah tidak sah walaupun tarikh yang dipamerkan masih belum tamat tempoh)
- Perlindungan insurans kenderaan juga dibatalkan.
- Nama pemilik asal akan dikemaskini melalui sistem kepada pemilik baru(pembeli).
- Pemilik sebelumnya boleh memohon untuk pengembalian jumlah baki cukai jalan di pejabat JPJ yang berdekatan.
- Resit transaksi akan dicetak sebagai bukti penukaran untuk Penukaran Hak Milik Secara Sukarela dan juga sebagai rujukan.
- Notifikasi emel akan dihantar kepada pemilik asal(penjual) setelah penukaran hak milik selesai.
- Apakah langkah seterusnya untuk pembeli setelah STMSR selesai?
Pemilik baru perlu memohon cukai jalan dan insurans yang baru kerana rekod kenderaan yang sebelumnya sudah dibatalkan.
Insurans dan cukai jalan boleh diperbaharui di laman web MyEG atau hubungi kami untuk bantuan di 03-7801 8888.
- Bagaimana untuk saya memastikan status pertukaran berjaya atau sebaliknya?
Setelah pembayaran bagi pertukaran diselesaikan oleh pembeli,satu resit akan dikeluarkan dan boleh dicetak sebagai rujukan pembeli.Ini juga menunjukkan bahawa penukaran sudah berjaya dikemaskini dalam sistem JPJ.Pembeli/Penjual juga boleh menyemak status penukaran hak milik dengan berhubung terus di cawangan-cawangan JPJ.Nombor untuk dihubungi telah dicetak bersama di bahagian bawah resit pembayaran.
- Bagaimana untuk pembayaran balik baki pembayaran cukai jalan?
Permohonan ini boleh diserahkan sebelum pertukaran hak milik dilaksanakan.Pemilik asal perlu ke pejabat JPJ yang berhampiran bersama dokumen seperti berikut:
- Salinan Kad Pengenalan(Pemilik asal)
- Salinan penyata bank/buku bank(Pemilik asal)
- Stiker Cukai Jalan yang terkini(untuk dikembalikan kepada JPJ)
** Pemulangan baki akan diremit kepada akaun bank pemilik asal sahaja.
- Bagaimana pemilik baru boleh mendapatkan kad pendaftaran di atas namanya di dalam dokumen?
Pemilik baru boleh mendapatkan Kad Pendaftaran daripada pemilik sebelumnya. Salinan untuk menunjukkan pemilikan baru juga boleh didapati di kaunter JPJ yang berhampiran tanpa sebarang caj dikenakan.